fbpx
Johari ketika hadir merasmikan Program Jelajah Dapur Digital di PPR Hiliran Ampang, ibu negara, kelmarin.

Dapur Digital bantu B40 di PPR jana pendapatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Inisiatif Dapur Digital berupaya membantu golongan B40 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) menjana pendapatan menerusi platform digital.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata, para pelanggan tidak perlu risau tentang kualiti dan tahap kebersihan kerana proses penyediaan sentiasa dipantau oleh pihak yang bertanggungjawab.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata demikian selepas merasmikan Program Jelajah Dapur Digital di PPR Hiliran Ampang, ibu negara, kelmarin.

“Jangan risau tentang kualiti dan kebersihan. Dapur Digital di PPR Hiliran Ampang dilengkapi lantai dan dinding jubin, sinki keluli tahan karat, sistem ventilasi serta peralatan piawaian komersial dengan semuanya dalam ruang yang luas.

“Malah, setiap dapur komuniti ini dipantau oleh penyelia dan pegawai bagi menjamin keselamatan makanan,” katanya menerusi media sosial.

Beliau turut mencadangkan supaya Program Dapur Digital itu diperluaskan.

“Syabas kepada Pepper Labs bersama Yayasan Hasanah (Khazanah Nasional Berhad), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Wilayah Persekutuan atas usaha murni ini.

“Saya juga telah mencadangkan Program Dapur Digital diperluaskan ke PPR Jelatek, PPR Cochrane Perkasa dan PPR Laksamana Jalan Peel,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN