fbpx
Detroit Electric Model 62A Cabriolet keluaran tahun 1917. - Jam Press

Kereta elektrik berpuluh-puluh tahun sebelum Tesla, dijual lebih RM900,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HARRISBURG, PENNSYLVANIA – Sebuah kereta elektrik (EV) vintaj yang dibina pada era Perang Dunia Pertama dan tersadai di dalam sebuah bangsal, dilelong pada harga mencecah £160,000 (RM912,932), lapor akhbar The Sun UK. 

Detroit Electric Model 62A Cabriolet keluaran tahun 1917 itu antara satu daripada dua kenderaan sedemikian yang pernah dibina. 

Kenderaan unik itu ditemukan di dalam bangsal pada tahun 1980-an sebelum menjalani kerja pembaikan. 

Ia mampu melakukan perjalanan sejauh 160.93 kilometer dengan sekali cas, manakala kelajuan tertinggi hanya 37 kilometer sejam. 

Selain dicat warna hitam, bahagian dalam kereta itu memiliki dekorasi warna biru. 

Model tersebut bakal dilelong oleh firma lelongan RM Sotheby’s di Hershey, negeri Pennsylvania bulan depan. 

“Antara kereta elektrik vintaj paling dicari, Detroit Electric sememangnya jenama yang jarang ditemui. Peluang untuk memperoleh model tidak boleh dilepaskan ini  terutamanya mereka yang mencari kelainan,” kata RM Sotheby’s. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN