LONDON – Pemain bintang Chelsea, Raheem Sterling terpaksa menerima layanan buruk ekoran kedegilannya untuk meninggalkan pasukan itu pada jendela perpindahan musim panas kali ini.
Pemain itu diarahkan untuk makan sendiri dan menggunakan tanda yang berasingan berbanding rakan sepasukan lain selepas The Blues gagal menjualnya apabila dia dikatakan berkeras untuk kekal di Stamford Bridge.
Sterling yang menerima pendapatan mingguan sebanyak £325,000 (RM1.84 juta) menerima tawaran lumayan dari kelab Arab Saudi dan Amerika Syarikat, namun dia mahu terus beraksi di peringkat tertinggi untuk berpeluang dipilih menyertai skuad England ke Piala Dunia tahun depan.
Dia juga dilaporkan menerima tawaran daripada beberapa pasukan yang beraksi di Liga Perdana Inggeris seperti Fulham dan Crystal Palace, namun keenggannya menerima potongan gaji menyebabkan perpindahan tersebut juga tidak dapat direalisasikan.
Situasi itu menimbulkan kemarahan Chelsea menyebabkan pengurusnya, Enzo Maresca mengenakan hukuman tersebut sekali gus peluangnya untuk berada dalam kesebelasan utama kelihatan sangat tipis.
Selain Sterling, dua lagi pemain Axel Disasi dan David Datro Fofana juga berdepan layanan yang sama diterima Sterling apabila mereka juga enggan meninggalkan kelab itu biarpun menarik minat beberapa pasukan lain. – AGENSI