PETALING JAYA – Mata wang Indonesia iaitu Rupiah (Rp) semakin jatuh merudum apabila mencatatkan nilai tukaran Rp 1,000,000 bersamaan RM256 hari ini.
Penurunan mendadak tersebut berlaku setelah kejadian demonstrasi jalanan yang dilakukan oleh rakyat Indonesia ketika ini menjadi faktor utama kejatuhan nilai mata wang negara jiran itu.
Malah, ada juga pakar kewangan yang merujuk keadaan huru-hara di Indonesia ketika ini bakal menjadikan nilai mata wang akan lebih teruk jika tidak ditamatkan.
Jika berterusan keadaan ini bakal menyebabkan nilai pertukaran mata wang Indonesia boleh mencecah RM230 bagi Rp 1,000,000.
Rata-rata orang ramai bersetuju jika masyarakat Malaysia sama-sama tukar mata wang tersebut dan kembali membantu rakyat Indonesia selepas kekecohan kembali reda.
“Bagi yang ada duit, boleh la tukar masa rendah ni. Bukan apa, nanti dah reda semua kita pula bantu ekonomi mereka,” ujar Yah Kassim.
“Kita sama-sama rakyat serumpun ni, kita wajib bantu mereka. Paling penting sekarang adalah ekonomi. Kita bantu mereka selepas ini,” tulis Sofea90. – KOSMO! ONLINE