fbpx
Suspek (tengah) semasa disoal siasat polis Thailand pada Sabtu lalu. – Ihsan polis Sadao

Penyeludup M16 orang suruhan ‘Ah Jian’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SONGKHLA, THAILAND – Seorang lelaki rakyat Malaysia yang ditahan bersama dua laras raifal M16 dan 450 butir peluru di ­Pekan Danok, Daerah Sadao, Sabtu lalu dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket ­pengedaran dadah rentas sempadan.

Sumber Pasukan Keselamatan Thailand berkata, maklumat tersebut berpandukan kepada siasatan awal yang dijalankan ke atas suspek yang berusia 42 ­tahun itu.

“Daripada siasatan awal, lelaki itu mengaku memasuki ­Thailand pada 29 Ogos lalu melalui Pusat Pemeriksaan Imigresen Sadao dan menginap di sebuah hotel di daerah untuk menikmati kehidupan malam.

“Pada pagi 30 Ogos, dia ­menerima pesanan melalui WhatsApp daripada rakannya juga warga Malaysia bernama ‘Ah Jian’ yang mengarahkannya ­untuk mengambil beberapa barangan di Wat Pa Ko Suwanna­ram di Daerah Na Mom, Wilayah Songkhla kira-kira 58 kilometer dari Danok.

“Semasa tiba di sana, suspek mendakwa seorang lelaki Thailand yang tidak dikenali memandu trak pikap meletakkan beg senjata api di dalam kereta. Selepas itu, kedua-dua mereka bergerak tanpa perbincangan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber itu memberitahu, ­lelaki terbabit kemudian memandu pulang ke Sadao untuk menghantar senjata api ber­kenaan kepada rangkaian ‘Ah Jian’ di Malaysia, namun gagal apabila ditangkap pihak berkuasa negara ini.

Katanya, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan ­menyeluruh untuk mencari dalang rangkaian penyeludupan senjata rentas sempadan secepat mungkin.

Ujarnya, suspek akan didakwa memiliki senjata api dan peluru secara haram serta menggunakan pil kuda selain memandu di bawah pengaruh dadah.

“Kita tidak menolak kemungkinan senjata api berkenaan akan diseludup melalui jalan ­hutan di sempadan Kedah-Thailand atau Perlis-Thailand.

“Tidak mungkin benda yang paling berbahaya itu dibawa masuk melalui pusat pemeriksaan rasmi seperti di Bukit Kayu Hitam,” ujarnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang lelaki rakyat Malaysia ditahan selepas dipercayai cuba menyeludup dua laras senjata api jenis M16 dan 450 butir peluru dalam satu sekatan jalan raya di Danok, Sadao di sini pada Sabtu lalu.

Suspek berusia 42 tahun itu dicekup kira-kira pukul 5.35 petang ketika memandu sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di Jalan Kanchana­wanit, di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN