fbpx
Tangkap layar video menunjukkan wanita itu berpaut pada pagar selepas bibirnya tertusuk kawat berduri. - TikTok

Bibir tertusuk kawat duri semasa belajar tunggang motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mengalami nasib malang apabila bibirnya tersangkut pada pagar kawat duri selepas terjatuh ketika belajar cara-cara menunggang motosikal, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku berhampiran sebuah tanah perkuburan di Batang, wilayah Jawa Tengah semalam. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan wanita terbabit hanya duduk diam ketika penduduk cuba menarik motosikalnya yang tersangkut pada pagar. 

Ada antara mereka menjerit ketakutan selepas melihat keadaan mangsa. 

“Kemalangan semasa belajar cara menunggang motosikal, bibir mangsa tertusuk kawat berduri,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.9 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Ngilu saya tengok,” kata seorang netizen. 

“Siapa punya idea pasang pagar berduri tepi jalan?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI