fbpx
Roslida (kiri) membantu Zulkiply yang menderita penyakit diabetes kronik, tibi dan paru-paru berair di rumah mereka di Kampung Darat Kijal, Kemaman semalam.

Separuh wang pampasan diguna ulang-alik hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Kehidupan lima beranak dari Kampung Darat Kijal di sini berubah sekelip mata selepas Zulkiply Ismail, 52, yang juga ketua keluarga kehilangan kerja ekoran penyakit diabetes kronik yang dialami sejak lima tahun lalu.

Bekas pemandu lori Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB) itu bukan sahaja menderita diabetes kronik, malah kerap sesak nafas kerana menghidap penyakit tuberculosis (TB) dan paru-paru berair.

Zulkiply berkata, komplikasi diabetes makin memburuk sehingga menyebabkan tulang tumit kaki kirinya hancur dan separuh daging di bahagian kaki itu terpaksa dibuang menyebabkan dia kini terpaksa bertongkat dan berkerusi roda.

“Kehidupan kami sekeluarga bertukar 360 darjah sejak lima tahun lalu. Saya tiada lagi sumber pendapatan sedangkan tiga anak masih belajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi.

“Buat masa ini, kami terpaksa mengikat perut berjimat-cermat menggunakan wang pampasan pemberhentian kerja yang diberi majikan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Darat Kijal di sini semalam.

Zulkiply berkata, sebahagian wang pampasan itu digunakan untuk kos perubatan berulang-alik ke hospital dan klinik kesihatan lebih dua kali sebulan.

Selain itu, bapa tiga anak tersebut perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM300 sebulan bagi membeli balutan merawat luka pada bahagian kaki kirinya.

Sementara itu, isterinya, Roslida Mohamad, 52, mengakui risau wang simpanan mereka semakin kehabisan sedangkan dia tidak boleh bekerja ekoran suaminya memerlukan penjagaan khusus.

“Suami (Zulkiply) tidak dapat berdiri dengan baik dan sering sesak nafas. Walaupun bertongkat dan berkerusi roda, pergerakan masih perlu sentiasa diawasi.

“Setakat ini, sudah lebih lima kali dia terjatuh sewaktu mahu ke tandas dan ke dapur,” katanya.

Roslida berkata, tambah membuatnya gunda apabila anak keduanya, Izatul Najwa, 19, pernah menyatakan hasrat untuk berhenti belajar di Kolej Matrikulasi Pahang ekoran kesempitan hidupan yang sedang dihadapi mereka sekeluarga.

Katanya, Izatul Najwa tertekan kerana bergantung semata-mata dengan elaun pelajaran RM250 sebulan namun saya nasihatkan dia agar terus bersabar kerana pelajaran amat penting demi masa depan.

Sementara itu, orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan bantuan menerusi akaun bank Roslida bernombor 2006491000136025 (Agrobank) atau menghubungi di talian 014-800 4279.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN