Di sebuah bangunan lama yang pernah menjadi hentian bas utama di tengah George Town, kini berdiri ruang seni yang kerap menjadi nadi kreativiti Pulau Pinang. Sempena bulan kemerdekaan ini, Depoh Bas Hin sekali lagi mengangkat wajah Malaysia melalui pameran lukisan bertemakan tanah air. Berlangsung sepanjang Ogos, pameran bernama Negaraku II itu menghimpunkan karya-karya bertemakan Malaysia daripada koleksi peribadi dua nama besar dalam seni kontemporari Malaysia, Bingley Sim dan Ima Norbinsha. Disusun oleh jurugambar, Ivan Gabriel, pameran itu menampilkan kira-kira 60……