fbpx
Suspek ditahan selepas sembilan tahun hidup dalam persembunyian. - Facebook

Padah beri rakan pegang kad debit, RM5,000 lesap dalam akaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand akhirnya ditangkap polis selepas sembilan tahun bersembunyi kerana melesapkan wang milik rakannya berjumlah 40,000 baht (RM5,220), lapor laman berita Thaiger.

Suthee, 65, pada 2016 mengeluarkan wang tunai dengan jumlah tersebut menggunakan kad debit milik mangsa, Somchai.

Dalam laporan yang dibuat mangsa di balai polis Mueang Kanchanaburi pada Jun 2016, dia menyerahkan kad debit kepada suspek beserta kata laluan kerana mempercayai lelaki itu.

Dalam kejadian itu, suspek meminta untuk meminjam wang mangsa sebanyak 2,000 baht (RM260) sebelum mangsa menyerahkan kad debitnya kerana tidak mempunyai wang tunai di tangan.

Mangsa menyuruh suspek mengeluarkan sendiri wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) terdekat.

Keesokan harinya, suspek memulangkan kad debit milik mangsa berserta slip urus niaga, namun dia hilang tanpa khabar dan berhenti kerja.

Mangsa akhirnya menyedari bahawa suspek sebenarnya mengeluarkan wang sebanyak 40,000 baht dan hanya menunjukkan slip sebanyak 2,000 baht kepadanya.

Selepas bersembunyi hampir 10 tahun, polis akhirnya berjaya menjejaki lokasi suspek.

Dia kini didakwa kerana menggunakan kad elektronik milik individu lain dan mencuri. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI