fbpx
J dikasari dua lelaki yang tidak dikenali. - Istimewa

‘Blogger’ kena tempeleng ketika ‘review’ makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pencipta kandungan ditampar dua individu tidak dikenali selepas merakam video makanan di sebuah kedai di Surabaya, wilayah Jawa Timur, lapor portal berita Detik hari ini.

‘Blogger’ dikenali sebagai J, 30, itu membuat ‘review’ makanan pada malam Selasa lalu untuk tujuan promosi.

“Saya cuma mahu membuat kandungan promosi. Saya juga merakam video itu selepas meminta izin pemilik kedai.

“Namun, tiba-tiba saya dihampiri dua lelaki yang marah-marah dan menuduh saya merakam video mereka tanpa kebenaran,” katanya.

Tambah J, kedua-dua lelaki itu mahu melihat video yang dirakam dalam telefon bimbitnya, namun dia enggan menyerahkan kerana ia adalah milik peribadinya.

Salah seorang daripada mereka kemudian menamparnya, membuatkan J nekad melaporkan perkara itu kepada polis.

“Dia marah-marah lalu menempeleng muka saya,” kata J.

Satu laporan telah dibuat di balai polis setempat, manakala kes itu sedang disiasat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI