fbpx
Pasukan polis memeriksa lokasi seorang wanita cedera dikelar suaminya di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, Balik Pulau kelmarin.

Hutang jadi punca suami kelar leher isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Masalah hutang dipercayai menjadi punca seorang lelaki mengelar leher isterinya dengan sebilah pisau di dalam bilik tidur mereka di Taman Tunas Muda, Sungai Ara di sini kelmarin.

Hasil siasatan polis juga percaya kejadian berdarah kira-kira pukul 6 pagi itu berlaku ketika pasangan guru terbabit sedang bertelingkah dan bergaduh antara mereka disebabkan masalah tersebut.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pergelutan itu menyebabkan si suami tergamak mengelar leher isterinya berusia 28 tahun.

“Masalah kewangan disebabkan hutang menjadi punca kejadian ber­laku.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk me­­rekod keterangan daripada mang­sa dan suaminya yang juga sus­pek dalam kejadian itu,” kata­nya kepada Kosmo! semalam.

Sazalee berkata, suspek lelaki berusia 30 tahun yang turut me­ngalami kecederaan serius pa­da leher akibat mengelar dirinya dengan sebilah pisau selepas kejadian itu sudah bo­leh bangun dan berjalan sendiri.

Katanya, suspek juga telah di­rujuk ke wad psikiatri di Jalan Perak di sini bagi menjalani pe­meriksaan kesihatan mental.

“Kita a­kan ambil keterangan daripa­danya nan­ti bagi membantu me­lengkap­kan siasatan berhubung kejadian berlaku,” ujar­nya.

Sementara itu, rata-rata penduduk berdekatan kediaman keluarga mangsa sehingga semalam masih terkejut dengan kejadian menimpa pasangan guru tersebut yang mengajar di sebuah sekolah di negeri ini.

Penduduk mendakwa, keja­dian berlaku di luar jangkaan me­man­dangkan suami isteri tersebut sebelum ini dilihat sebagai pa­sangan bahagia dan berpendi­dikan serta baru menyambut ulang tahun kelahiran cahaya mata perempuan berusia tiga tahun.

Malah, pasangan itu juga di­li­hat keluar makan bersama a­nak perempuan mereka sambil bergelak tawa pada malam Rabu, beberapa jam sebelum kejadian berlaku.

Kosmo! semalam melaporkan, seorang lelaki bagaikan dirasuk apabila mengelar leher isterinya de­ngan sebilah pisau dalam bilik tidur rumah keluarga pasangan itu di Taman Tunas Muda, Sungai Ara di sini.

Dalam kejadian pada pukul 6 pagi itu, suspek turut mencede­rakan diri sendiri dengan cara mengelar leher dan tangan kiri­nya de­ngan menggunakan senja­ta sama.

Insiden berdarah itu turut disaksikan oleh ibu mangsa yang bergegas ke bilik tersebut di tingkat atas rumah dua tingkat ber­kenaan selepas terdengar jeritan anak perempuannya.

Ibu mang­sa juga nampak suspek mengelar tangan dan leher­nya di atas katil dengan menggunakan pisau sama.

Mangsa pula ditemukan ibunya dalam keadaan ditindih suspek di atas katil lalu pantas menarik keluar bagi menyelamatkan anak perempuannya itu.

Siasatan awal mendapati tiada sebarang perbualan mencurigakan antara mangsa dan suspek yang juga bekas penuntut sebuah universiti di Beijing, China sehingga menyebabkan tercetus­nya kejadian tersebut.

Mangsa yang cedera di leher telah dibenarkan keluar dari Hos­pital Pulau Pinang semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN