fbpx
MORENO (kiri) menumbuk Norona di Dewan Senat, Bandar Raya Mexico semalam. - AFP

Parlimen bertukar jadi gelanggang tinju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR RAYA MEXICO – Dua Senator Mexico bergaduh semalam berikutan perbahasan hangat selepas pembangkang didakwa menyeru Amerika Syarikat supaya campur tangan secara ketenteraan terhadap kartel dadah.

Alejandro Moreno yang merupakan  ketua parti pembangkang PRI,  pergi ke podium ketika sesi perbahasan  berakhir dan memarahi Presiden Dewan Senat, Gerardo Fernandez Norona daripada parti pemerintah, Morena. 

Moreno berang kerana tidak diberi peluang untuk berucap.

Beliau menolak Norona beberapa kali, menampar lehernya dan menolak seorang lelaki lain ke lantai apabila dia cuba campur tangan.

Pergaduhan itu berlaku selepas perdebatan hangat di mana pembangkang PRI dan PAN dituduh menyeru campur tangan tentera AS di Mexico, dakwaan yang dinafikan oleh kedua-dua belah pihak.

Norona kemudian berkata,  beliau akan memfailkan aduan terhadap Moreno atas kecederaan tubuh badan yang dialami dan meminta imuniti Moreno sebagai ahli parlimen dibatalkan.

“Debat itu menjadi sangat keras, sangat pahit. Apabila ahli parlimen pembangkang didedahkan atas pengkhianatan mereka, mereka hilang akal kerana mereka didedahkan,” kata Norona.

Moreno pula  berkata di platform media sosial X: “Dia(Norona) yang memulakan serangan. Dia  melakukannya kerana dia tidak dapat mendiamkan kami dengan hujah.”

Kedua-dua senator terlibat dalam kontroversi yang berasingan.

Moreno berdepan kemungkinan prosiding pemecatan atas dakwaan rasuah semasa tempohnya sebagai Gabenor Negeri Campeche dari 2015 hingga 2019.

Norona pula dikritik berhubung  laporan beliau memiliki rumah mewah  pada masa Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum mendesak pegawai awam untuk hidup secara bersederhana.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI