Zizi Kirana kongsi foto genggam tangan suami sebelum ke Gaza
Oleh NUR AL-FAIRUZA SYARFA NOR SAIDI
28 Ogos 2025, 4:05 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETALING JAYA – “Semoga genggaman ini sampai ke syurga Allah.”
Demikian ucapan romantis penyanyi Zizi Kirana buat suaminya, Yusuf Bahrin selepas berangkat mengikuti misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Dalam hantaran tersebut, Zizi atau nama lengkapnya Nur Fazelah Mad Tahil, 40, memuat naik foto menggenggam erat tangan suaminya sekali gus meleraikan spekulasi pergolakan rumah tangga mereka.
Perkongsian tersebut turut mendapat sokongan dan doa orang ramai.
“Masha-Allah, Tabarakallah. Semoga kelal bahagia dunia dan akhirat,” kata peminat.
“Ya Allah, jagalah dua hati ini sampai ke syurga-Mu,” tutur pengikut.
“Berkatilah perkahwinan Zizi dan Yusuf hingga ke syurga,” ujar peminat lain.
Tangkap layar perkongsian terbaharu Zizi Kirana dalam media sosial sekali gus menafikan dakwaan rumah tangganya bergolak.
Pada masa sama, turut mencuri tumpuan perkongsian semula Instastory Zizi, kelihatan Yusuf hadir menghantarnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Mereka juga dilihat bersalaman dan berpelukan sebelum Zizi berangkat ke Gaza.
Sebelum ini, perkahwinan Zizi dikatakan bermasalah apabila dilihat kurang memuat naik foto bersama suami.
Kali terakhir memuat naik gambar suami adalah pada 8 Jun lalu sempena sambutan hari lahir Yusuf.
Lebih menimbulkan tanda tanya, hantaran pelantun lagu Eh itu dalam aplikasi Threads baru-baru ini sarat dengan kata-kata berbaur luahan hati dan penuh makna tersirat.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia. – KOSMO! ONLINE