fbpx
Tangkap layar kelibat seekor Harimau Malaya di laluan Lojing–Cameron Highlands, semalam.

[VIDEO] Janganlah dedah lokasi ‘Pak Belang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Satu rakaman video memperlihatkan kelibat seekor Harimau Malaya di laluan Lojing–Cameron Highlands, sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai terhadap keselamatan pengguna jalan raya serta nasib spesies itu yang semakin diancam kepupusan.

Menurut perkongsian di Facebook Perak Press, pemilik video tular tersebut telah dihubungi oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi tindakan segera.

“Laluan balik ke Kelantan ni. Tapi jangan ambil video. Tak boleh dedahkan lokasi kalau jumpa pak belang Malaya ni sebab spesies nak pupus,” komen Sara Iskandar.

“Risau pada yang menunggang motosikal je. Sekali harimau tu lompat,” tulis Zety Zarina Azizan.

“Kesian dia lapar cari makan, habitat habis ditarah manusia zalim. Kena buru dengan pemburu jahanam lagi. Harap Perhilitan dapat berbuat sesuatu untuk melindungi khazanah haiwan liar kita, tinggal berapa ekor je lagi ni. Dah di ambang kepupusan dah,” kata Azma Ngah.

Untuk rekod, Harimau Malaya kini dikategorikan sebagai ‘critically endangered’ oleh Kesatuan Antarabangsa Bagi Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN), dengan populasi dianggarkan kurang daripada 150 ekor di hutan Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN