fbpx
BAGNAIA terpaksa menerima hakikat perit apabila sekadar meraih tempat kesembilan GP Hungary hujung minggu lalu. - AFP

Ducati tak panik aksi hambar Bagnaia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUDAPEST – Ketua strategi Ducati, Gigi Dall’Igna berpuas hati dengan prestasi pasukannya pada Grand Prix (GP) Hungary meskipun Francesco Bagnaia sekali lagi gagal mempamerkan sentuhan terbaik.

Tumpuan hujung minggu lalu lebih terarah kepada Marc Marquez yang mendominasi saingan di Litar Balaton Park apabila meraih petak utama serta dua kemenangan termasuk sprint sekali gus mengukuhkan kedudukan dalam perebutan gelaran dunia.

“Marc (Marquez) memang luar biasa, manakala Marco Bezzecchi turut memberi tekanan hingga ke garisan penamat. Balaton Park adalah litar yang sangat teknikal dan menuntut pelumba mengambil risiko secara bijak,” kata Dall’Igna.

Sebaliknya, Bagnaia terperangkap di Q1 sebelum menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan selepas melakukan kesilapan pada pusingan terakhir selain dihukum penalti long lap.

“Pecco (Bagnaia) sudah berusaha keras. Sayang sekali dia lakukan kesilapan pada hujung perlumbaan. Namun, jika dibandingkan dengan sesi latihan, ada peningkatan yang jelas,” jelas Dall’Igna.

Beliau turut mendedahkan Ducati melakukan perubahan besar pada jentera GP25 milik Bagnaia pada malam Sabtu diikuti pelarasan tambahan ketika sesi pemanas badan dalam perlumbaan sebenar keesokannya.

“Dalam kes Bagnaia, sensasi atas jentera lebih penting daripada keputusan. Kami yakin sudah jumpa arah yang lebih positif untuknya,” tambahnya.

Meskipun keputusan di Budapest menjadi antara detik terburuk Bagnaia sejak 2022, Dall’Igna optimis juara dunia dunia kali itu mampu bangkit semula pada perlumbaan seterusnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI