fbpx
Ismail (tengah) menunjukkan dadah dan peluru hidup yang berjaya dirampas ketika sidang media di IPD Lipis, di sini hari ini.

Bapa enam anak ditahan miliki peluru hidup, dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Seorang bapa enam anak ditahan kerana memiliki 25 butir peluru hidup dan dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Mentara Baru di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, lelaki berusia 44 tahun itu ditangkap pada pukul 6.10 pagi oleh 10 pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Lipis.

“Pemeriksaan menjumpai satu paket plastik berisi daun kering disyaki ganja seberat 31 gram. Turut ditemukan tujuh biji pil warna merah bertanda huruf ‘WY’ dipercayai pil yaba,” katanya pada sidang akhbar di Ibu  Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis di sini hari ini.

Menurut Ismail, pihaknya turut menjumpai 25 butir peluru hidup pelbagai warna yang disimpan dalam rumah berkenaan.

Tambahnya, suspek yang bekerja sendiri mendakwa mengambil dua jenis dadah itu sejak lima tahun lalu dan mempunyai dua rekod kes dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN