fbpx
Seorang ejen hartanah (tengah) ditahan reman SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Disyaki kemuka sebut harga palsu, ejen hartanah ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang ejen hartanah ditahan reman selama empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan dakwaan mengemukakan dokumen palsu berkaitan kerja pengubahsuaian sebuah rumah pada tiga tahun lalu.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Iffah Nabihah Mohd. Ishak di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, siasatan awal mengesyaki lelaki berusia 50-an tersebut mengemukakan sebut harga kerja-kerja pengubahsuaian rumah palsu yang telah dipinda.

“Suspek disyaki menerima wang rasuah daripada pemilik rumah tersebut melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi miliknya.

“Perbuatan melibatkan amaun RM16,000 itu dipercayai dilakukan pada tahun 2022,” katanya di sini semalam.

Sumber SPRM berkata, ejen hartanah terbabit telah ditahan sewaktu tampil untuk memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu di sini pada pukul 12 tengah hari, semalam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI