fbpx
GAMBAR fail 13 November 2023 menunjukkan sebuah pesawat Boeing 777-9. – AFP

Korean Air beli lebih 100 pesawat Boeing 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEOUL – Syarikat penerbangan Korean Air mengumumkan pembelian lebih 100 pesawat Boeing menerusi perjanjian terbesar dalam sejarah penerbangan Korea Selatan, hanya beberapa jam selepas Presiden Donald Trump bertemu rakan sejawatnya, Lee Jae-myung di Washington.

“Korean Air mengumumkan rancangan membeli 103 pesawat generasi akan datang daripada Boeing,”  kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Pembelian yang turut merangkumi enjin gantian daripada GE Aerospace itu bernilai kira-kira AS$50 bilion (RM210 bilion), manakala penghantaran dijadualkan ‘sehingga akhir tahun 2030’.

“Pesanan pembelian pesawat ini termasuk 20 Boeing 777-9, 25 Boeing 787-10, 50 Boeing 737-10, dan lapan kapal pengangkut Boeing 777-8F,” tambah syarikat penerbangan berpangkalan di Seoul itu.

Perjanjian itu ditandatangani di Washington semasa mesyuarat delegasi perniagaan Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) semalam di bawah seliaan Setiausaha Perdagangan Howard Lutnick dan Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga Korea Selatan.

Trump pada hari sama mengadakan mesyuarat pertamanya dengan Jae-myung untuk membincangkan hubungan dua hala, beberapa minggu selepas kedua-dua negara bersetuju dengan perjanjian perdagangan yang melibatkan pelaburan besar-besaran Korea Selatan di AS. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI