fbpx
SABALENKA

Juara bertahan mula langkah kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Juara bertahan, Aryna Sabalenka membuka kempen Terbuka Amerika Syarikat (AS) dengan kemenangan bergaya selepas menewaskan Rebeka Masarova 7-5, 6-1 di Flushing Meadows awal pagi semalam.

Bintang No. 1 dunia itu bermula agak goyah apabila pukulan servis pada set pertama berjaya dipatahkan Masarova, namun segera bangkit dan menemui rentak permainan untuk menutup aksi dengan penuh keyakinan.

Sabalenka yang memburu gelaran Grand Slam keempat, turut mendapat sentuhan tambahan apabila dibantu legenda beregu, Max Mirnyi yang dibawa masuk bagi menyokong jurulatih utama, Anton Dubrov.

“Kami telah perbaiki beberapa perkara bersama dan saya menantikan lebih banyak kerjasama dengan beliau.

“Mungkin suatu hari nanti anda akan lihat saya lebih kerap beraksi dengan teknik perlawanan di jaring,” kata Sabalenka.

Pemain Belarus itu kini mengintai peluang untuk menjadi wanita pertama mempertahankan gelaran perseorangan wanita di New York sejak Serena Williams melakukannya pada 2014.

Sabalenka hadir ke kejohanan ini dengan rekod 51 kemenangan musim ini, terbanyak di Jelajah WTA, meskipun prestasinya di Cincinnati sebelum ini agak hambar apabila tewas kepada Elena Rybakina.

Kemenangan pusingan pertama itu menyaksikan beliau bakal berdepan Polina Kudermetova dari Rusia yang mara selepas lawannya, Nuria Parrizas-Diaz menarik diri akibat kecederaan.

Dalam perlawanan lain, wakil tuan rumah Emma Navarro mara selepas menyingkirkan Wang Yafan dari China 7-6 (11/9), 6-3, manakala Marketa Vondrousova dan Jelena Ostapenko turut melangkah ke pusingan kedua. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI