fbpx
SAKA meledak satu gol ke atas Leeds, namun kecederaan menyebabkannya mungkin terlepas aksi menentang Liverpool hujung minggu ini. - ARSENAL FC

Krisis kecederaan mula hantui Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) baru memasuki minggu kedua tetapi Arsenal sudah pun mula ‘dihantui’ masalah kecederaan melibatkan dua tonggak utama.

Kapten, Martin Odegaard dan bintang utama, Bukayo Saka gagal terpaksa dikeluarkan awal ketika Arsenal membelasah Leeds United 5-0 di Stadium Emirates kelmarin.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta tentunya tidak senang duduk memandangkan mereka akan bertemu juara bertahan, Liverpool dalam aksi seterusnya di laman keramat Anfield hujung minggu ini.

“Martin (Odegaard) mengalami masalah bahu dan Bukayo (Saka) mungkin hamstring. Sekarang kami tunggu keputusan laporan perubatan untuk mengetahui apa langkah seterusnya perlu diambil.

“Kecederaan itu adalah perkara negatif daripada perlawanan ini. Dalam tempoh dua minggu ini kami sudah kehilangan Kai (Havertz), sekarang Martin dan Bukayo.

“Sebab itu kami perlu bersedia dengan setiap kemungkinan untuk terus bersaing dan kekal berikan aksi terbaik dalam liga ini,” kata Arteta.

Arsenal setakat ini sudah kehilangan Havertz untuk tempoh dua hingga tiga bulan disebabkan kecederaan lutut dialami dalam sesi latihan sebelum menentang Leeds.

Selain itu, Ben White dan Christian Noorgard juga dikatakan mengalami sedikit masalah sementara Gabriel Jesus masih belum pulih daripada kecederaan anterior cruciate ligament (ACL). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI