fbpx
Gambar hiasan

2 individu ditahan, buat kenyataan hasutan, ugutan jenayah di X

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis menahan dua lelaki berusia 37 dan 43 tahun selepas disyaki membuat ciapan berunsur hasutan serta ugutan jenayah melalui aplikasi X, pada 24 Ogos lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, kedua-dua akaun terbabit dikenal pasti menggunakan nama @ChongKahtze dan @iFactoreal.

Menurutnya, ciapan pertama menyentuh isu kononnya negara bakal diambil alih kumpulan ekstremis hingga membawa kepada revolusi, manakala ciapan kedua berkait komen serangan Israel ke atas kediaman Perdana Menteri.

“Kes pertama disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes kedua pula disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan pada 25 Ogos dan mahkamah membenarkan permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Suspek pertama direman dua hari sehingga 26 Ogos, manakala suspek kedua direman empat hari hingga 28 Ogos bagi membantu siasatan,” jelasnya.

M. Kumar menegaskan, PDRM tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang membuat atau menyebarkan kenyataan berunsur hasutan, ugutan jenayah atau boleh menimbulkan kegentaran awam sehingga mengganggu keharmonian masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI