fbpx
Tangkap layar seorang penunggang motosikal yang menceritakan kejadian dirinya disamun di Jalan Bukit Ayun di Bayan Lepas.

[VIDEO] ‘Orang lambai dalam gelap jangan berhenti, semua hantu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Video seorang lelaki mendakwa dirinya disamun sekumpulan penyamun bermotosikal termasuk seorang wanita di Jalan Bukit Ayun, Bayan Lepas di sini, tular di media sosial sejak semalam.

Dalam rakaman berdurasi 2.43 minit itu, mangsa yang menunggang sebuah motosikal mendakwa wang tunai sebanyak RM93 miliknya dilarikan individu-indivudu terbabit.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila kesemua individu yang menunggang tiga buah motosikal telah menahannya sebelum merampas wang tunai tersebut.

Mangsa turut meluahkan rasa kesal kerana jumlah wang yang dikebas itu kecil, namun tetap meninggalkan trauma kepada dirinya.

Terdahulu, video tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial termasuk ada yang meninggalkan komen berbentuk tanda tanya.

“Orang kena samun memang baik hati, kesian RM93 pun kena kebas, dah la member nak isi minyak motor RM3,” kata pengguna media sosial Al Malik Faisal.

“Lepas ni orang lambai mintak tolong dalam gelap jangan berhenti semua tu hantu’,” tulis Nur Hayati.

“Baik biar berpada..rajin jangan terlalu..hidup ni menang keras, bersabar dengan ujian,” balas Zaiton Ibrahim.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian tular tersebut. – KOSMO! ONLINE

@adammamu6hati ii yang mana balik kerja malam ii tu , aq dh kena dh .aq kena samun degan org 🙂

♬ original sound – H – .

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI