fbpx
AZNAN ketika hadir Program Kempen Antibuli Peringkat Negeri di SMK Pengerang Utama, Kota Tinggi hari ini.

Johor lancar kempen antibuli serentak di 1,196 sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Kerajaan Johor melancarkan Kempen Antibuli Peringkat Negeri secara serentak di 1,196 sekolah seluruh Johor hari ini bagi memastikan negeri ini menjadi ‘safe zone’ untuk para pelajar menimba ilmu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin berkata, program berkenaan turut mendapat kerjasama rapat pelbagai agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, usaha ini bukan sahaja digerakkan di sekolah menengah dan rendah, malah sekolah agama serta institusi di bawah portfolio kerajaan negeri.

“Malah bukan sahaja sekolah, agensi kerajaan juga saya nampak telah membantu bersama-sama dalam membantu menjayakan kempen ini.

“Ini termasuklah kerjasama dengan PBT yang mana kalau kita dapat lihat di jalan raya LED (papan iklan elektronik), iklan-iklan telah diletakkan untuk kempen antibuli ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir Program Kempen Anti-Buli Peringkat Negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengerang Utama, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI