fbpx
Gambar hiasan - Kredit Janaan AI

Wanita jerkah lelaki cuba sentuh budak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi pengalaman mengejutkan apabila menyaksikan sendiri cubaan gangguan seksual terhadap kanak-kanak perempuan ketika berada di sebuah pusat beli-belah.

Menerusi perkongsian di Thread, wanita itu berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang menunggu suaminya yang menemani anak lelaki mereka ke tandas.

Katanya, dia ternampak seorang kanak-kanak perempuan duduk seorang diri di bangku berhampiran selepas ditinggalkan sebentar oleh bapanya yang masuk ke tandas.

“Budak itu umur dalam tiga tahun, cantik tau. Putih, rambut keriting, pakai ‘crop top’ dan skirt denim.

“Aku perhati saja konon tolong tengokkan sambil berborak dengan anak aku. Tiba-tiba datang seorang lelaki duduk sebelah dia. Dia tanya kenapa adik duduk seorang, ayah mana?,” katanya.

Bagaimanapun, keadaan menjadi curiga apabila lelaki itu dilihat menyentuh dan menggosok paha kanak-kanak tersebut.

“Aku jerkah ‘Woi, kau buat apa kat paha budak tu, sesuka hati pegang anak orang!

“Suara aku bergetar tau dan-dan (bingkas) dia cabut lari. Aku ambil budak tu duduk dekat aku,” katanya.

Selepas menceritakan kejadian kepada bapa kanak-kanak itu, lelaki tersebut memaklumkan isterinya sedang membeli-belah dan tidak mengetahui anak mereka ditinggalkan bersendirian.

Wanita itu menasihati orang ramai terutama ibu bapa supaya menjaga pemakaian anak-anak kerana pemangsa sentiasa memerhati.

“Nak berfesyen boleh, tapi jangan macam tak cukup kain. Ajar anak pakai seluar, menjerit dan minta tolong kalau ada orang sentuh bahagian sulit.

“Jangan tinggalkan anak seorang diri tanpa (pemantauan) orang lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI