fbpx
KANE (tengah) meledak hatriknya ketika membelasah Leipzig 6-0 dalam aksi pertama musim ini. - AFP

Bayern mengamuk, Kane ledak hatrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUNICH – Bayern Munich melaungkan amaran awal bahawa musim ini bakal menjadi milik mereka selepas berpesta gol membelasah RB Leipzig 6-0 dalam aksi pembukaan Bundesliga di Allianz Arena awal pagi semalam.

Penggempur England, Harry Kane terus membuktikan ketajamannya apabila meledak hatrik selain dua gol Michael Olise dan satu jaringan menerusi bintang yang baru dibeli daripada Liverpool musim ini, Luis Diaz.

“Selepas kami masuk bilik persalinan (rehat separuh masa) dengan kedudukan 3-0, saya katakan pada diri sendiri bahawa saya mesti catat nama dalam senarai penjaring,” dedah bekas mesin gol Tottenham Hotspur itu.

Ia terbukti apabila memasuki babak kedua, Kane berjaya menjaringkan tiga gol pada minit ke-64, 74 dan 78 sekali gus melengkapkan kemenangan bergaya buat skuad bimbingan Vincent Kompany itu.

Menariknya, ini adalah hatrik kelapan Kane dalam kancah Bundesliga sejak berhijrah daripada Spurs pada musim panas 2023.

“Kami mahu membuka musim dengan penuh meyakinkan dan itulah yang kami lakukan. Kami menguasai semua aspek permainan,” jelas Kane.

Kapten Bayern, Joshua Kimmich turut berbangga dengan keseluruhan prestasi rakan sepasukannya apatah lagi menang besar 6-0 di laman sendiri ke atas salah satu pencabar seperti Liepzig.

Selepas ini, Bayern akan meneruskan saingan dengan menentang pasukan divisyen ketiga, SV Wehen dalam aksi pusingan pertama Piala DFB di Brita Arena pada 28 Ogos ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI