fbpx
Pesawat F/A-18D Hornet. Gambar hiasan

Keselamatan anggota sentiasa jadi keutamaan – Mohamed Khaled

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melahirkan rasa syukur kerana dua pegawai yang terlibat dalam kemalangan pesawat pejuang F/A-18D Hornet dilaporkan selamat.

Menurut beliau, Lembaga Siasatan akan mengenal pasti punca sebenar kejadian seperti yang diumumkan Panglima Tentera Udara, Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris.

“Sebagaimana yang saya selalu tegaskan, keselamatan anggota kita sentiasa menjadi keutamaan,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Semalam, sebuah pesawat F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbabit dalam kemalangan ketika berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.

Juruterbang berpangkat mejar dan jurusensor senjata disahkan selamat dengan melakukan prosedur kecemasan, kaedah ‘eject’ keluar daripada pesawat.

Juruterbang pesawat itu mengalami keretakan tulang pinggul disebabkan hentakan atas bitumen dan kesan kebakaran pada kaki kiri. Jurusensor senjata berpangkat kapten pula lebam di badan.

Mereka berdua dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk pemeriksaan lanjut dan dibenarkan keluar hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI