fbpx
Kah Woh ketika sidang akhbar The Heritage Ride Taiping 2025 di Leisure Mall, Cheras hari ini.

KTMB tawar koc khas basikal sempena The Heritage Ride Taiping 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) kembali menyediakan perkhidmatan Xpress Bicycle Coach (XKB) khas bagi peserta The Heritage Ride Taiping 2025 yang ingin membawa basikal bersama mereka terus ke Taiping.

Perkhidmatan ini disediakan sebagai sebahagian daripada usaha menyokong program kayuhan tahunan itu yang bakal berlangsung pada 30 November depan di bandar warisan Taiping.

Ahli Parlimen Taiping, Wong Kah Woh berkata, penyediaan koc khas ini memudahkan peserta dari Lembah Klang dan luar kawasan untuk menyertai acara kayuhan tersebut.

“Tahun lepas video promosi bersama KTMB menjadi tular, dan tahun ini kita teruskan kerjasama. Peserta boleh membawa basikal dengan mudah melalui perkhidmatan khas ini,” katanya ketika sidang akhbar The Heritage Ride Taiping 2025 di Leisure Mall, Cheras.

Perjalanan bermula dari Stesen Keretapi Kuala Lumpur (Platform 4) ke Taiping pada 29 November 2025 jam 8.35 pagi dan tiba jam 1.28 tengah hari. Perjalanan pulang pula dijadualkan pada 30 November jam 2.30 petang dari Taiping dan tiba di ibu kota pada jam 7.11 malam.

Tiket perjalanan pergi balik bersama basikal berharga RM135, manakala tanpa basikal pula RM99, dengan hanya 60 slot disediakan bagi setiap kategori.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI