fbpx
Tangkap layar video peserta tali skip berirama menunjukkan pelbagai aksi dan gaya dalam satu pertandingan baru-baru ini.

[VIDEO] ‘Setakat macam ni, aku pun tak boleh buat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai kagum dengan pelbagai pergerakan, gaya dan aksi ditonjolkan sekumpulan peserta yang bermain tali skip berirama dalam satu pertandingan baru-baru ini.

Menerusi video dikongsikan pengguna TikTok Husny Tony menunjukkan kumpulan tersebut dipercayai mewakili satu sekolah dari negeri Pahang bermain tali skip dengan pelbagai pergerakan.

Mereka terdiri daripada enam pelajar lelaki dengan dua daripada mereka memegang hujung tali skip.

Empat lagi peserta melompat tali skip mengikut irama dan ia berlangsung dengan lancar.

Berdasarkan ruangan komen, pengguna media sosial kagum dengan stamina pelajar tersebut dapat bertahan dan melakukan pelbagai pergerakan dan gaya untuk persembahan tali skip berirama.

“Setakat macam ni, aku pun tak boleh buat,” komen pengguna TikTok Sasuke secara berseloroh, namun turut teruja dengan peserta tersebut.

“Kuatnya stamina dia, acik kalau main skipping ni, sakit lutut dah. Mengah tak tahu nak kata,” kata Maisara Ariff.

“Aku skipping biasa pun asyik nak tersungkur. Kalau gini gaya, terbelit sekali aku ni,” komen nunnnmo. – KOSMO! ONLINE

@boss__tony7 Skipping style🔥 #skippingchallenge #kuantanparade ♬ original sound – JJ

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN