PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi meramalkan ribut petir dan hujan lebat dua negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.
Negeri-negeri yang terkesan dan berdepan cuaca buruk berkenaan ialah Pulau Pinang dan Sarawak.
“Cuaca buruk di Pulau Pinang melibatkan kawasan sekitar Barat Daya dan Timur Laut.
“Sementara di Sarawak, meliputi daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau) dan Mukah,” menurut kenyataan itu.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE














