fbpx
ARIQ, Alim dan Bob antara klien Puspen Kota Bharu yang mendedahkan kisah hidup mereka kepada Kosmo! untuk dijadikan pengajaran.

Menyesal dibelenggu ketagihan pil kuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Usia baru 12 tahun tetapi sudah gilakan pil kuda angkara terpengaruh dengan dadah yang dijual pengedar secara berleluasa dalam kalangan murid serta pelajar sekolah.

Itu pengakuan salah seorang daripada tiga bekas penagih yang ditemui Kosmo! di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Kota Bharu, Pengkalan Chepa di sini baru-baru ini.

Klien Puspen yang dikenali sebagai Ariq, 21, berkata, remaja sekolah sememangnya menjadi sasaran pengedar dadah.

Katanya, penjualan pil kuda sa­ngat mudah apabila semua transaksi dilakukan secara online.

Ujarnya, pengedar hanya me­ninggalkan dadah di lokasi tertentu tanpa perlu bersemuka dengan pelanggan terutama kanak-kanak.

“Ketika berusia 12 tahun, saya sering melihat rakan-rakan hisap pil kuda ketika melepak atau sebelum bermain bola sepak.

“Saya banyak terpengaruh dengan mereka dan bekalan pil kuda juga begitu mudah dipe­roleh,” katanya.

Menurutnya, dia mengalami ke­tagihan teruk ketika di tingkatan empat tanpa diketahui keluarga.

Katanya, wang saku sekolah habis digunakan untuk membeli dua biji pil kuda berharga RM10.

“Saya juga mencuba dadah jenis syabu dan air ketum pada usia 17 tahun, namun dua jenis dadah ini tidak membuatkan saya terlalu ketagih.

“Pil kuda salah satu dadah yang sukar untuk saya dan rakan-rakan tinggalkan,” katanya.


KLIEN-KLIEN Puspen Kota Bharu diberikan pendedahan dalam pelbagai aspek terutama keagamaan supaya mereka dapat pulih daripada ketagihan dadah.

Ariq berkata, dia pernah membuat satu tindakan ‘gila’ kira-kira tiga tahun lalu apabila mencuri gelang emas ibunya yang sedang mendapatkan rawatan sakit buah pinggang tahap empat di sebuah hospital di sini.

Katanya, gelang bernilai ribuan ringgit itu digadai kepada pengedar untuk membeli 10 biji pil kuda yang hanya berharga RM50.

“Ketika itu saya berada pada fasa ketagihan teruk apabila tidak mempunyai wang, namun mempunyai keinginan yang terlampau untuk menghisap pil kuda.

“Sejujurnya, individu yang mengalami ketagihan pil kuda tidak akan dapat berfikir secara waras terutamanya semasa keadaan mendesak.

“Lebih menyedihkan apabila ibu meninggal dunia akibat pe­nyakitnya itu tahun lalu. Saya sempat meminta maaf dengan­nya sebelum dia ‘pergi’. Pemergian ibu juga punca saya datang
ke sini untuk mendapatkan rawatan pemulihan,” katanya.

Seorang lagi klien Puspen yang dikenali Alim, 15, berkata, dia mula mencuba menghisap pil kuda pada awal tahun ini dan mengakui terpengaruh dengan rakan-rakan berusia dalam
lingkungan 20-an di kampungnya.

Alim yang sudah tidak bersekolah hanya bekerja sebagai buruh kampung dan memanjat pokok kelapa untuk mendapatkan wang bagi menyara adik-adiknya selain membeli pil kuda.

“Saya mula menjadi penagih tegar pil kuda sejak beberapa bulan lalu, Saya hisap dadah ini dua biji sehari. Apabila mengambil pil kuda, saya akan lebih bertenaga untuk bekerja.

“Dengan bekerja buruh kampung dan memanjat pokok kelapa, saya mampu mendapat upah RM60 sehari. RM10 digunakan untuk beli dua biji pil kuda dan bakinya diberi kepada adik-adik.

“Ibu bapa saya dimasukkan ke penjara atas kesalahan dadah pada tahun lalu. Jadi, saya dan adik-adik dijaga oleh ibu saudara,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur apabila dimasukkan ke Puspen lebih awal sebelum terjebak de­ngan ekstrem lagi dalam ketagihan pil kuda.

Alim berkata, dia banyak mendapat tunjuk ajar terutamanya dalam aspek keagamaan semasa berada di Puspen meskipun baru kira-kira sebulan berada di situ.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN