fbpx
Almarhumah Tunku Sakinah Sultan Badlishah

Kekanda Sultan Kedah mangkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Kekanda Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah iaitu Datuk Seri Tunku Sakinah Sultan Badlishah dilaporkan mangkat pagi ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Bakar Din berkata, Tunku Sakinah, 95, mangkat pada pukul 6.35 pagi di Villa Seri Tunku, di sini.

“Jenazah Almarhumah Yang Teramat Mulia Datuk Seri Tunku Sakinah Almarhum Sultan Badlishah akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar pada pukul 5 petang ini.

“Marilah kita bersama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT, semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin,” katanya.

Almarhumah Tunku Sakinah merupakan puteri Sultan Kedah ke-27, Almarhum Sultan Badlishah Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang dikenali dengan peribadi lemah lembut dan rapat dengan rakyat jelata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI