fbpx
Dua individu yang ditahan kerana mengintip kawasan larangan di Wisma Pertahanan.

Dua ‘spy’ China intip Mindef ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis menahan dua lelaki warga China selepas disyaki menceroboh kawasan larangan Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, di sini, pada 6 Ogos lalu.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kenyataan berkata, kegiatan kedua-dua suspek itu dikesan anggota polis tentera (MP) yang sedang menjalankan rondaan di kawasan kejadian.

“Siasatan mendapati suspek sedang menerbangkan dron di kawasan Padang Bola, Wisma Pertahanan sebelum ditahan.

“Hasil penahanan itu, anggota merampas pelbagai peralatan seperti dron serta beberapa keping kad memori. Pemeriksaan di hotel penginapan mereka menemukan peralatan dron,” katanya dalam kenyataan.

Menurut kenyataan itu, hasil soal siasat, suspek mendakwa bahawa rakaman dron itu adalah arahan daripada pihak majikan mereka.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak mengetahui motif dan tujuan tinjauan dilakukan.

“Pihak polis turut berhubung dengan beberapa agensi antarabangsa dan tempatan bagi mengenalpasti latar belakang serta rekod perjalanan mereka,” ujarnya.

Difahamkan, kedua-dua suspek dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam di atas pertuduhan mengikut Seksyen 3(a) dan Seksyen 4 Akta Rahsia Rasmi kerana mengintip serta melakukan dokumentasi di dalam kawasan larangan.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.

Hakim Izralizam Sanusi tidak membenarkan sebarang jamin dan menetapkan 11 September depan untuk lantikan peguam serta serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI