fbpx
AHMAD TASNIM FATHULLAH (tengah) bersama ibu bapanya pada majlis konvokesyen PSA di Shah Alam kelmarin.

Ahmad Tasnim satu-satunya graduan terima Techno Huffaz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Keazaman kuat bergelar tahfiz al-Quran membuatkan Ahmad Tasnim Fathullah Ahmad Hafidz, 22, menjadi satu-satunya graduan yang me­nerima Dual Certification Program Techno Huffaz Politeknik Malaysia pada Konvokesyen Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) ke-26, kelmarin.

Anak jati Pasir Mas, Kelantan itu berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk pada 5 Januari 2024.

Anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, sebelum ini, terdapat 10 lagi rakannya me­nyertai program itu ketika memasuki PSA pada sesi 2021.

“Jujur saya pernah rasa mahu mengalah sebab satu semester kena hafal enam juzuk. Selepas haru­ngi sehingga semester ketiga, saya berpendirian pilihan ini tidak salah dan terus berusaha sehingga berjaya,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Dia menerima Diploma Kejuruteraan Elektronik Komunikasi dan Sijil Tahfiz al-Quran Jakim-Politeknik daripada Pe­ngarah Urusan TXMR Sdn. Bhd., Tengku Mohd. Farid Tengku Hassim.

Kata Ahmad Tasnim, sebelum ini dia mengikuti hafazan al-Quran ketika belajar dari Tingkatan Satu hingga Tiga di Maahad Tahfiz dan Kemu’jizatan al-Quran, Gerik, Perak.

Ujarnya, kejayaan itu hasil dorongan ibu bapa serta abang­nya yang merupakan graduan Ijazah Tahfiz al-Quran dan Qiraat (Pendidikan), Universiti Pendidikan Sultan Idris selain pensyarah PSA dan Darul Quran Jakim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN