fbpx
Anwar ketika menerima kunjungan Yassine di pejabatnya hari ini. Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

Malaysia, Senegal perkukuh hubungan dua hala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Integrasi Afrika dan Hal Ehwal Luar Senegal, Yassine Fall, di pejabatnya di Putrajaya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Senegal.

“Pertemuan ini memperkukuh hubungan dua negara khususnya dalam bidang perdagangan, pelaburan, haji, wakaf serta industri halal yang dilihat mempunyai potensi besar untuk dimajukan bersama.

“Selain isu ekonomi, perbincangan turut merangkumi pertukaran pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama, termasuk situasi semasa di Asia Barat dan benua Afrika,” katanya dalam satu hantaran di laman X di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN