GUA MUSANG – Empat maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta yang bertembung treler di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Felda Chiku 1 di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, empat mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki, seorang wanita dan dua kanak-kanak meninggal dunia di lokasi.
Kesemua mereka tersepit di dalam kereta jenis Honda Civic.
Komander Operasi Balai Bomba Gua Musang, Nik Mohd. Fakri Md. Nawi berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.07 pagi sebelum anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Terdapat lima mangsa masih tersepit dalam kereta, manakala pemandu treler selamat. Mangsa yang cedera dibawa ke hospital, manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE