fbpx
Hantaran Insta Story yang dimuat naik Eda.

Izin saya susun semula langkah perlahan-lahan – Eda Ezrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Penyanyi lagu Bae Sobar Bae, Eda Ezrin memberi bayangan akan membina kehidupan dengan menyusun semula langkahnya secara perlahan-lahan selepas dibebaskan atas pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda dan penyalahgunaan dadah dari Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand.

Luahan itu dimuat naik oleh Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, menerusi Instagram Story miliknya yang kembali aktif selepas pulang ke negara ini semalam.

Menerusi hantaran tersebut, penyanyi sohor Kelantan itu memohon untuk menyusun semula langkah perlahan-lahan dengan penuh harapan dan doa.

“Alhamdulillah tidak ada kata yang mampu menggambarkan rasa syukur dan sebak yang saya rasakan saat ini.

“Setelah melalui detik-detik yang begitu mencabar dalam hidup, akhirnya saya kembali menjejak tanah air tercinta. Ujian ini bukan mudah, namun dengan doa yang tidak pernah putus dari keluarga, sahabat dan anda semua yang ikhlas menyokong dari jauh, saya temui kekuatan untuk terus bertahan.

“Terima kasih kerana tidak pernah membelakangkan saya. Izinkan saya menyusun semula langkah, perlahan-lahan, dengan penuh harapan dan doa. Moga Allah membalas setiap kebaikan kalian,” ujarnya.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, Eda Ezrin tidak mahu diganggu selepas dibebaskan atas pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda dan penyalahgunaan dadah dari Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand semalam.

Sumber terdekat wanita itu berkata, Eda Ezrin ketika ini memerlukan tempoh bertenang atau ruang apabila tiba di Kelantan.

“Buat masa ini, Eda Ezrin tidak mahu diganggu dan memerlukan satu tempoh bertenang. Dia juga sedang menunggu suaminya untuk pulang ke negara ini.

“Eda Ezrin berharap semua pihak memahami situasinya yang baru sahaja diserahkan kepada keluarga selepas memberi keterangan di Balai Polis Rantau Panjang pada malam tadi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Menurut sumber itu, Eda Ezrin bersama suami, Mohd. Affendi Ahmad, 35, akan berkumpul dan berjumpa dengan ahli keluarga yang lain selepas ini.

Terdahulu, hanya Eda Ezrin dan rakannya, Nur Aida Mamat, 33, akhirnya pulang ke pangkuan keluarga masing-masing malam semalam.

Mohd. Affendi bersama Eridieka Mohd. Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, dihantar oleh pihak imigresen Thailand ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang kira-kira pukul 11.15 pagi semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI