fbpx
SEDAR dirinya mungkin sudah tidak cantik di mata orang, tetapi Fatiya bertegas, inilah dirinya yang harus dia syukuri apa adanya ketika ini.

‘Ini cara saya bertahan, saya mungkin tak cantik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerap menerima kecaman mengenai perubahan wajah, pelakon Fatiya Latiff sedar perbezaan yang berlaku pada wajahnya yang tidak lagi seperti dulu-dulu.

Fatiya atau nama lengkapnya Nur Fathia Abdul Latiff, 38, menegaskan bahawa penampilan fizikal seseorang tidak akan kekal selamanya dan setiap individu berhak melalui perubahan dalam hidup.

“Saya tahu penampilan saya sudah berubah. Saya bukan lagi seperti dahulu dan saya dengar bisikan, komen serta penilaian daripada orang yang langsung tak tahu apa saya lalui.

“Tapi saya tak dilahirkan untuk kekal sama.

“Kita semua berubah dan saya juga begitu,” katanya dalam Threads.

Dalam masa sama, pelakon drama popular Ariana Rose itu turut menegaskan kecantikan bukan terletak pada paras rupa semata-mata sebaliknya pada kekuatan untuk menghadapi cabaran hidup.

“Kecantikan bukan terletak pada wajah yang pernah saya miliki.

“Ini terletak pada cara saya bertahan, terus melangkah walaupun dunia cuba mematahkan saya.

“Walaupun saya mungkin tidak cantik di mata mereka, saya tetap dengan diri saya dan itu sudah memadai,” ujarnya.

Sebelum ini, Fatiya yang sering dikritik kerana pengambilan suntikan botok sebagai rawatan kecantikan meluahkan kesedihan tentang perubahan pada wajahnya sehingga ada yang tidak mengenalinya lagi.

Dia juga pernah meluahkan perasaan enggan mengendahkan kata-kata orang tentang perubahan wajahnya yang menjadi bualan ramai terutamanya dalam media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN