fbpx
Tangkap layar insiden membabitkan seorang kanak-kanak dilanggar van sekolah yang dinaikinya di hadapan rumah Taman Mantau Indah 3, di sini, Isnin lalu.

[VIDEO] Murid tabika cedera pemandu van tidak nampak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang murid tabika cedera selepas dilanggar van sekolah dinaikinya di hadapan rumah Taman Mantau Indah 3, di sini, Isnin lalu.

Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi itu, mangsa iaitu kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera di bahagian kepala dan calar-calar di bahagian kaki serta tangan.

Menurutnya, kejadian berlaku semasa pemandu iaitu seorang wanita berusia lingkungan 30an sedang menghantar mangsa ke rumah pengasuh.

“Sebaik mangsa turun dari kenderaan dan berjalan di hadapan van sekolah tersebut, pemandu telah melanggar mangsa sehingga menyebabkan mangsa terjatuh.

“Akibat kemalangan ini, mangsa telah di bawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban bagi mendapatkan rawatan lanjut. Manakala, pemandu van tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

@insp_nidzamKEJADIAN DI TAMAN MANTAU INDAH 3, SEREMBAN 2. BERLAKU BUKAN PADA ORANG LAIN TAPI ANAK@BUAH SAYA SENDIRI. TUNGGU PART 2 APA YANG BERLAKU

♬ som original – No-Copy Soundtracks

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI