fbpx
ICQS Rantau Panjang

Polis akan terus ‘ambil’ Eda Ezrin apabila tiba di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RANTAU PANJANG – Penyanyi Bea Sobar Bea, Eda Ezrin, suami dan empat lagi rakan akan terus ditahan polis sebaik sahaja memasuki Kelantan melalui di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini hari ini.

Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, suaminya, Mohd. Affendi Ahmad, 35, bersama, Eridieka Mohd. Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, akan diambil keterangan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pihaknya sudah menempatkan anggota untuk proses berkenaan.

“Bagaimanapun dua daripada enam individu itu yang masuk ke Thailand secara haram akan ditangkap mengikut Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1958/63,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI