fbpx
Bot gentian kaca dinaiki Mohd. Rasid yang terbalik akibat di rempuh bot rakannya di muara Sungai Paka, Dungun hari ini.

Bot bertembung, nelayan maut tercampak ke laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seorang nelayan maut, manakala rakannya cedera setelah dua bot yang dinaiki masing-masing bertembung sewaktu mahu turun ke laut berhampiran muara Sungai Paka, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6 pagi itu, mangsa, Mohd. Rasid Jusoh, 58, tercampak ke dalam laut akibat dirempuh bot gentian kaca lain yang dikemudi rakannya dikenali sebagai Ismail.

Rakan mangsa, Rosli Md. Lazim, 54, berkata, sewaktu kejadian, mereka bertiga turun ke laut secara berasingan dengan bot masing-masing sesudah bersolat subuh dan bersarapan bersama-sama di kawasan jeti.

“Bot dikemudi Ismail yang berada di hadapan berpatah balik untuk mengambil barangnya yang tertinggal di jeti. Oleh kerana suasana masih gelap, dia tanpa sengaja telah merempuh bot dinaiki Mohd. Rosli menyebabkan arwah tercampak ke dalam laut,” katanya kepada Kosmo!, di sini hari ini.

Rosli berkata, dia berada dalam kedudukan paling belakang segera menyelamatkan Mohd. Rasid yang sedang berpaut pada botnya yang sudah terbalik pada kedudukan kira-kira 500 meter dari jeti.

Katanya, dia segera menghantar Mohd. Rasid yang semakin lemah ke Klinik Kesihatan Paka untuk menerima rawatan sebelum pegawai perubatan mengesahkan rakannya itu sudah meninggal dunia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Maizura Abdul Kadir yang dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu mayat Mohd. Rosli telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI