fbpx
JAS Kedah menyerbu kilang yang disyaki memproses bateri terpakai secara haram di Sungai Petani, hari ini. Pic ihsan JAS KEDAH

JAS serbu kilang proses bateri terpakai secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah menyerbu sebuah kilang yang disyaki memproses bateri terpakai termasuk mengandungi litium secara haram di Kawasan Perindustrian Bukit Selambau, di sini hari ini.

Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, serbuan Ops Gempur dari pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari tadi itu menyasarkan premis yang berpotensi mencemarkan alam sekitar di daerah Kuala Muda.

“Hasil pemeriksaan ke atas kilang itu menemukan kira-kira 100 tan metrik bateri terpakai mengandungi litium serta 317 tan metrik bateri terpakai telah dihancurkan yang dikategorikan sebagai buangan terjadual.

“Kita turut menemui kira-kira 20 tan metrik serbuk logam yang telah diperoleh kembali di dalam premis tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, premis telah diambil tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 ke atas mesin-mesin pengeluaran yang diguna pakai di dalam premis tanpa sebarang alat kawalan dan tanpa kebenaran JAS.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 18(1), Seksyen 34A(6) dan Seksyen 34B(1) AKAS 1974,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya akan terus meningkatkan pemantauan bagi mengesan sebarang aktiviti pemerolehan kembali buangan terjadual secara haram yang boleh menyebabkan pelbagai masalah pencemaran kepada alam sekitar dan masalah kesihatan kepada orang awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI