fbpx
Kebanyakan harga barangan yang dipamerkan di pasar raya melibatkan jumlah yang perlu dibundar atau digenapkan ketika pembayaran hendak dibuat. – Gambar hiasan

Sistem bundar dihapuskan apabila tiba masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pemansuhan sistem penggenapan atau bundarkan kepada lima sen terdekat boleh dilaksanakan sekiranya peratusan pengguna menggunakan pembayaran secara ‘online’ mencapai sebanyak 95 peratus.

Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin berkata, ketika ini peratusan pembeli yang membayar secara tunai lebih ramai berbanding kaedah transaksi seperti e-Wallet, imbas QR kod atau paywave.

“Kerajaan menggalakkan rak­yat menggunakan pembayaran secara ‘online’ berbanding tunai, tetapi apabila kita lihat kegunaan di pasar raya, lebih ramai lagi yang membayar secara tunai.

“Buat masa sekarang, terlalu awal untuk mansuhkan sistem tersebut (penggenapan atau bundarkan kepada lima sen).

“Apabila transaksi pengguna Malaysia sudah beralih 95 peratus kepada ‘online’, masa tu kita boleh kaji balik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan, sistem penggenapan atau bundarkan kepada lima sen terdekat yang dilaksanakan sejak 2018 perlu dikaji semula kerana ia menguntungkan peniaga.

Ameer Ali berkata, sistem tersebut tidak menguntungkan pasar raya dan pada masa sama dilihat tidak mendatangkan kerugian kepada pelanggan.

Katanya, sistem tersebut menjadi seimbang kerana membun­darkan jumlah terdekat sama ada yang teratas atau terbawah.

“Contohnya, hari ini seorang beri RM1.56, bila bundar akan jadi RM1.50. Ada pula yang beli RM1.58, maka akan jadi RM1.60.

“Pasar raya bukan kasino, mereka guna teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk pastikan pelanggan kalah. Kerajaan dah kaji kesannya. Yang pasti, pasar raya tidak akan untung,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN