fbpx
Tangkap layar tiga pemuda memuat naik video mereka memberi nasi berserta tulang ayam kepada gelandangan.

MCMC siasat video beri sisa makanan kepada gelandangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap satu video tular memaparkan sekumpulan individu dipercayai pempengaruh memberi sisa makanan kepada seorang gelandangan.

MCMC dalam kenyataan berkata, siasatan dijalankan susulan aduan orang ramai berhubung penyebaran video berkenaan yang disifatkan tidak beretika serta mengeksploitasi golongan terpinggir untuk hiburan murahan dan menjana tontonan.

Menurut suruhanjaya itu, tindakan menghasilkan dan menyebarkan kandungan yang merendahkan atau menghina maruah individu boleh mendorong kepada normalisasi budaya tidak berperikemanusiaan dalam masyarakat.

“MCMC memandang serius perkara ini dan siasatan dijalankan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah,” katanya kenyataan itu.

Menurutnya, orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan atau memuat naik sebarang kandungan berbentuk provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

MCMC turut mengingatkan bahawa perkongsian kandungan jelik melampau, palsu atau berunsur ancaman boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 [Akta 588].

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM500,000, penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“MCMC komited memastikan ruang siber tidak disalahgunakan sejajar dengan usaha mengekalkan kedaulatan undang-undang dan keharmonian masyarakat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI