APLIKASI Prihatin dapat memudahkan urusan individu yang bekerja sendiri.

Aplikasi Prihatin mudahkan urusan dengan Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ERA digital yang kian berkembang serta gaya hidup semakin sibuk, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengambil langkah ke hadapan dengan memperkenalkan aplikasi Prihatin.

Kehadiran aplikasi tersebut secara tidak langsung membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan keselamatan sosial dengan lebih mudah, selain menjadi ‘jalan pintas’ tanpa memerlukan kehadiran fizikal di kaunter.

Dilancarkan secara rasmi pada September tahun lalu, Prihatin disokong dengan sistem operasi Android dan iOS.

Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store dan Apple App Store.

Aplikasi Prihatin bukan saja memudahkan urusan pendaftaran dan semakan maklumat, malah dapat mempercepatkan capaian kepada pelbagai manfaat perlindungan sosial yang ditawarkan Perkeso.

Antara manfaat tersebut adalah faedah hilang upaya dan faedah perubatan, elaun cuti sakit (bagi pekerja yang mengalami kecederaan ketika bekerja), faedah orang tanggungan (kematian), elaun mencari pekerjaan dan maklumat program bantuan kembali bekerja.

Semua kemudahan itu boleh diakses dan dipohon dengan lebih cepat berbanding cara konvensional.

Biarpun tidak memerlukan proses pendaftaran, namun pengguna perlu mencipta akaun dengan mengisi maklumat asas dan mengesahkan nombor telefon menggunakan kod OTP yang dihantar terus ke peranti.

Sekiranya berdepan gangguan, pengguna tidak perlu bimbang kerana aplikasi itu turut menyediakan khidmat bantuan pelanggan.

Bagi menikmati sepenuhnya pengalaman penggunaan aplikasi ini, pengguna memerlukan sambungan internet.

Namun, aplikasi ini masih boleh digunakan tanpa internet untuk ciri-ciri tertentu.

Sementara itu, pengguna tidak perlu bimbang soal keselamatan kerana data peribadi dilindungi dengan ketat.

Sebarang urusan pemulihan akaun atau pengesahan identiti hanya dilakukan melalui proses verifikasi rasmi oleh Perkeso bagi memastikan tiada penyalahgunaan maklumat.

Bukan sekadar memudahkan akses kepada perkhidmatan, aplikasi tersebut turut meningkatkan kesedaran rakyat terhadap hak dan perlindungan sosial yang disediakan oleh kerajaan.

Aplikasi tersebut merupakan inisiatif digital strategik oleh Perkeso yang bertujuan merapatkan jurang antara agensi itu dengan masyarakat melalui akses perkhidmatan lebih mudah, pantas serta mesra pengguna.

Ia bukan sahaja memodenkan cara penyampaian perkhidmatan keselamatan sosial, malah membuktikan komitmen Perkeso dalam memperluaskan capaian bantuan serta faedah kepada golongan pekerja termasuk sektor ekonomi gig.

Aplikasi Prihatin turut menjadi simbolik kepada kesungguhan dan komitmen Perkeso untuk memastikan tiada individu terpinggir dalam menikmati jaringan keselamatan sosial negara.

Individu bekerja sendiri turut boleh menggunakan aplikasi Prihatin bagi menfasilitasi pendaftaran dan pembayaran caruman untuk Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN