fbpx
ARIF (kiri) dan Roy King menamatkan kemarau kejuaraan dalam saingan Jelajah Dunia selepas memenangi kejohanan Terbuka Macau. - SHIDDIEQIIN ZON

Terbuka Macau: Arif-Roy King benam pilihan utama, raih gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King akhirnya meraih gelaran sulung dalam saingan Jelajah Dunia selepas muncul juara pada Kejohanan Badminton Terbuka Macau.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di East Asian Games Dome sebentar tadi, pasangan No.24 dunia itu mengejutkan pilihan utama dari Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 20-22, 21-18.

Walaupun turun sebagai pilihan keempat kejohanan, namun Arif-Roy King menampilkan aksi cukup baik selain memberikan tentangan sengit kepada gandingan No.8 dunia yang juga naib juara Terbuka Indonesia itu.

Menerusi kemenangan tersebut, Arif-Roy King akhirnya berjaya menamatkan kemarau kejuaraan dalam saingan Jelajah Dunia selepas percubaan mereka pada Sepanyol Masters Mac tahun lalu berakhir dengan gelaran naib juara.

Selaku juara, Arif-Roy King membawa pulang hadiah wang tunai AS$29,230 (RM125,031) berserta pingat manakala Sabar Karyaman-Moh Reza berpuas hati dengan AS$14,060 (RM60,141) dan juga pingat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN