fbpx
CINTA tidak kesampaian, namun di mata Salman Khan, Aishwarya Rai tetap wanita tercantik buatnya.

Aishwarya Rai tetap aktres tercantik di mata Salman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BIARPUN sudah 20 tahun berpisah, pelakon terkenal Salman Khan masih menganggap mantan kekasihnya, iaitu Aishwarya Rai sebagai aktres paling jelita di Bollywood.

Sewaktu menjadi tetamu rancangan Koffee With Karan, Salman telah ditanya siapakah pelakon wanita paling cantik antara Aishwarya Rai dan Katrina Kaif.

Lantas dia menjawab Aishwarya Rai Bachchan dan disusuli nama Katrina Kaif.

Rancangan tersebut sebenarnya telah disiarkan beberapa tahun lalu, namun klip video momen berkenaan kembali tular dalam media sosial.

Salman sehingga kini belum berkahwin, manakala Aishwarya pula kini bahagia di samping suami, Abishek Bachchan dan anak perempuan mereka Aaradhya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN