fbpx
Suspek yang ditahan selepas menikam anggota polis sehingga parah di Pasar Pudu, Kuala Lumpur.

Motif suspek tikam polis disyaki bawah pengaruh dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Motif suspek yang menikam anggota polis sehingga parah ketika menjalankan rondaan cegah jenayah di Pasar Pudu, di sini, semalam dipercayai disebabkan di bawah pengaruh dadah.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pemeriksaan pada suspek berusia 56 tahun itu menemukan dadah jenis heroin.

“Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 7 Ogos ini.

“Semakan mendapati suspek mempunyai 14 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, keadaan anggota polis yang cedera ditikam di bahagian perut kini stabil, namun masih dalam pemantauan.

“Anggota berkenaan akan dipindahkan ke wad biasa dalam masa terdekat,” jelasnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 307/186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kosmo! semalam melaporkan polis menahan suspek yang menikam anggota polis di Pasar Pudu, sejurus selepas kejadian.

Polis turut merampas sebilah pisau dengan anggaran saiz 21.5 sentimeter serta tiga plastik berisi serbuk dan ketulan disyaki dadah.

Kejadian berlaku ketika mangsa bersama empat anggota polis lain sedang menjalankan pemeriksaan ke atas suspek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI