fbpx
GAMBAR fail seorang penghantar makanan bermotosikal (kiri) di Singapura. - Foto AFP

‘Rider’ makanan enggan terima bayaran guna duit syiling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang pelanggan di Singapura kecewa selepas penghantar makanan bermotosikal menolak bayarannya yang menggunakan duit syiling, lapor portal berita MSNews hari ini.

Keengganan penghantar makanan itu menerima duit syiling menyebabkan pelanggan tersebut memuat naik video pembayaran itu di media sosial.

Video itu tular di media sosial dan mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen tentang siapa yang sebenarnya bersalah dalam situasi tersebut.

Dalam rakaman tersebut, seorang wanita yang membuat pesanan makanan sedang cuba membuat bayaran ketika penghantaran dilakukan.

Namun, penghantar makanan motosikal itu memaklumkan bahawa duit syiling tidak diterima.

“Menurut undang-undang mata wang tempatan, kita tidak boleh menggunakan lebih 10 duit syiling dengan denominasi yang sama dalam satu transaksi. Jadi, saya tidak menerima bayaran dalam bentuk syiling,” katanya.

Penghantar makanan bermotosikal tersebut kemudian meminta pelanggan itu untuk memaklumkan kepada syarikat e-hailing tempatnya bekerja bahawa dia tidak dapat membuat bayaran kerana tiada wang tunai.

Namun, pelanggan memberitahu bahawa tiada syarat sedemikian dinyatakan dalam aplikasi syarikat e-hailing itu.

“Saya akan semak kemudian sama ada undang-undang seperti itu wujud,” kata pelanggan tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI