fbpx
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd.

MFL makin matang selepas 10 tahun kelola Liga M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kini semakin matang selepas menyambut usia sedekad dengan pelbagai pembaharuan telah dilaksanakan dalam usaha memperkasa landskap bola sepak negara khususnya Liga Malaysia (Liga M).

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd berkata, usaha memperkemas struktur liga domestik mula membuahkan hasil positif.

Kata Mohd Shazli, kewujudan kalendar yang lebih kompetitif, sejajar dengan panduan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) turut merancakkan lagi arena bola sepak antarabangsa.

“Alhamdulillah, selepas 10 tahun, kita mula nampak satu kalendar bola sepak yang lebih mesra dan kompetitif.

“Kita juga telah mula memperkukuh sistem pelesenan kelab,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Sebagai rekod, saingan Liga M sebelum ini diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan proses penswastaan bermula pada 2015 dengan kewujudan MFL yang dahulu dikenali sebagai Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP).

Saingan Liga Super musim 2025/2026 akan bermula pada 8 Ogos depan melibatkan aksi Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta’zim (JDT) bertemu Selangor FC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI