fbpx
Suasana pancingan dari atas rumah rakit.

Beriadah di Rumah Rakit Delisha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Rumah Rakit Delisha ini terletak di tengah-tengah Sungai Semerak di Pasir Puteh, Kelantan. Sungai ini sebenarnya berdekatan dengan lokasi memancing ikan siakap
yang terkenal iaitu Muara Tok Bali.

Terdapat lapan buah rumah rakit di sini dengan semuanya berbeza harga sewa. Kesemua rumah rakit Delisha dilengkapi dengan pendingin hawa, kipas, tempat barbeku, peti ais, peralatan memasak dan pelbagai lagi.

Empat daripada rumah rakit ini turut terdapat kolam mandi yang sesuai untuk seisi keluarga.

Sebenarnya, ini adalah kali kedua saya sampai di sini. Kali pertama adalah pada tahun 2023, di mana kami berjaya menaikkan seekor ikan siakap putih dan berpuluh-puluh ikan kitang dan gelama.

Seperti yang dijanjikan pada pukul 5.30 petang, kami tiba di jeti, dan bertolak ke rumah rakit sekitar setengah jam kemudian dengan menaiki bot disediakan oleh pemilik rumah rakit.

Sebaik sahaja tiba di atas rumah rakit tersebut, kami diberi seekor ikan siakap merah dan seekor siakap putih untuk santapan pada malam itu.

Seperti yang dipersetujui, sesi memancing kali ini dimeriahkan dengan mini game iaitu pertan­dingan memancing antara kami berempat.

Tanpa menunggu lama, kami mula memasang joran dengan pelbagai jenis teknik memancing. Ada yang guna teknik pelampung, menghanyut udang, umpan digantung separuh air dan pancing
dasar.

Umpan udang hidup dan yang sudah mati menjadi taruhan. Paras air pada malam itu amat mengecewakan kerana ia surut pada tahap maksima.

Ini menyebabkan ikan masih belum sudi menjamah umpan, hanya getuan-getuan daripada ikan kecil yang menghabiskan udang kami.

Kira-kira pukul 11 malam, ikan pertama menyerah diri iaitu seekor ikan tetanda seberat 136 gram (g) oleh Muiz.

Selepas itu, suasana kembali sunyi sehingga joran milik Bob pula ditarik rakus pada pukul 1 pagi.

Dari lengkungan jorannya kelihatan seperti ikan bersaiz kasar, namun yang naik adalah sebaliknya.

Ia hanya ikan sesirat yang telah mengumpal perambutnya sehingga rosak. Ia spesies yang tertolak kerana tidak layak dipertandingkan.

Air pasang
Melihat pada jadual pasang surut air, kira-kira pukul 4 pagi, air akan pasang dan ini merupakan peluang terbaik untuk mendapatkan ikan lebih besar terutama sekali ikan siakap.

Keadaan sungai yang sunyi pada awalnya mula meriah dengan pergerakan ikan bermain air.

Itu menandakan ikan sudah mulai galak. Mata yang mengantuk tadi tiba-tiba bersinar kembali dengan 1, 001 harapan.

Biarpun air pada ketika itu bergerak pasang, namun ikan bersaiz besar tidak juga memunculkan diri.

Hanya ikan duri yang membaham umpan kami. Dalam asyik melayan ikan duri, sekali lagi joran Bob digasak ikan.

Beberapa ketika kemudian, ikan berjaya dinaikkan dan ia adalah seekor ikan ketuka.

Kegembiraan Bob sekali lagi terbantut apabila ikan yang ditangkapnya tidak dikira kerana mata kail tersangkut pada badan, bukan pada mulutnya.

Selepas itu, Muiz tiba-tiba bersuara riang sambil membawa ikan green chromide seberat 219g, sekali gus menobatkannya sebagai juara ikan terberat.

Memandangkan tiada siapa boleh mencabarnya dalam ka­tegori ikan terberat, maka kami semua mula berlawan kategori ikan terkecil pula. Muiz juga mendahului tangkapan
ikan terkecil iaitu dengan berat 11g.

Nampaknya, semua kategori telah digondol oleh Muiz pada ketika itu, sehinggalah saya memecah rekod ikan terkecil pada
minit-minit terakhir iaitu ikan duri seberat 4g, sekali gus menobatkan saya sebagai juara ikan terkecil.

Pada pukul 5 petang, sesi penyampaian hadiah disampaikan kepada semua pemenang, dan sejam selepas itu bot datang untuk mengambil kami pulang ke jeti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN